BLOGGER BARU TAK HORMAT BLOGGER SENIOR

Salam semua...

Ahad yang agak sunyi memandangkan ramai yang masih tidur agaknya... kejap-kejap lagi bangun la tu bila perut dah mula menyanyi kan hahaha... Sarapan pagi pun belum lagi walaupun pagi-pagi lagi dah bangun, biasalah abg yen jenis yang sarapan lambat, kalau sarapan awal-awal sakit perut. Kepada yang belum sarapan cepat-cepat sarapan tak elok lambat-lambatkan... wah mengajar oarang ye hehehe.


Berbalik kepada tajuk entri ari ni, blogger baru tak hormat blogger lama? yup ini memang betul-betul terjadi dan ianya disokong kuat oleh mentor abg yen iaitu IZAMIR RIDZWAN... semalam kami sempat borak-borak pasal ni dan IR pn pernah mengalaminya dan diakui bukan semua tapi masih ada sebilangan blogger-blogger baru yang seolah-olah berlagak DIVA sedangkan mereka masih hijau lagi dalam dunia blog. Kalau dirinya sememangnya hebat dan popular macam abg ben ke atau abg eq ke ok la juga nak berlagak diva pun, ni baru beberapa bulan berblog dah mula nak tunjuk hebat dan bongkak. Abg yen percaya blogger-blogger baru jenis yang macam ni takkan kekal lama sebab abg yen berpegang kepada satu prinsip je...

  • "BLOGGER SENTIASA MENYOKONG BLOGGER DAN BUKAN BERUSAHA MENJATUHKAN BLOGGER YANG LAIN DEMI KEPENTINGAN SENDIRI"...

Hormatlah senior kita dalam dunia blog ni sebab mereka lebih senior dan dari merekalah kita nak menimba ilmukan... kalau kita tak tahu nak hormat orang macam mane orang nak hormat kita, tidak jatuhnya maruah kita atau air muka kita sekiranya kita tunduk hormat atau respek pada senior-senior dalam dunia blog ni... Sentiasa merendah diri adalah kunci terbaik untuk berjaya... sombong dan bongkak dalam dunia blog boleh memusnahkan masa depan kamu dalam dunia blog, nak tahu sebab apa? Jawapan sudah ada dalam diri kamu semua.. tepuk dada tanyalah iman... Jangan jadi seperti kata-kata ini "MELAYU SENTIASA AKAN MENJATUHKAN MELAYU"... buanglah sikap ini dan contohi kaum-kaum cina yang sentiasa menyokong sesama mereka untuk terus maju... Renung-renungkanlah...

Comments

Popular Posts