::: Kanser Prostat - Beware ya kpd insan yg bernama LELAKI :::
Pengenalan
Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
Komplikasi
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:- Usia Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.
- Sejarah keluarga Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
- Hormon Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.
Tanda & Gejala.
Gejala kanser prostat:- Aliran air kencing yang tidak lancar.
- Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
- Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
- Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
- Darah dalam air kencing atau air mani.
Diagnosa
Diagnosa kanser prostat:- Prostate-Specific Antigen (PSA) test - adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
- Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
- Transrectal Ultrasound (TRUS) - Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.
- Biopsy - hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosakan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
- Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X'Ray.
- Magnetic Resonance Imaging (MRI) - MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.
- Peringkat 1 Kanser (<5%) terletak di prostat .
- Peringkat 2 Kanser (>5%) terletak di kelenjar prostat .
- Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
- Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang
Rawatan.
Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.- Pembedahan. Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.
- Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.
- Transurethral Resection of Prostate (TURP) - kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.
- Radiation therapy
- Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi X- ray untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau "fraction" mungkin diperlukan.
- Cirit birit atau gangguan fungsi usus
- Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
- Letih lesu " Mati pucuk
- Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
- Terapi Hormon Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens, pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan "androgen" atau terapi pelucutan "androgen". Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.
- Kimoterapi Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%. Pesakit kanser prostat perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif. RUJUKAN: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&sub=0&bhs=may&storyid=1190878612565
Comments
Post a Comment