::: Teori Darwin yg kontroversi :::
TEORI EVOLUSI CHARLES DARWIN
ROSMINA ABDUL
PENGENALAN
LATAR BELAKANG CHARLES DARWIN
Charles Darwin ialah seorang pakar penyelidik alam semulajadi lebih dikenali sebagai pengarang buku yang terkenal " The Origin Of Species" .Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah.Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya ,Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam .
Darwin sejak kecil lagi amat mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya.Beliau seorang yang sabar dan tekun.Sifat-sifat inilah yang akhirnya membawa beliau kepada kejayaan sebagai seorang penyelidik alam semulajadi yang terkenal di dunia sains.
Di Bahia Blanca,Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya .Beliau telah menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu,termasuk juga fosil Megatherium.Kemana sahaja dia pergi sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti.Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan.Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara ,Pulau Galapagos.Beliau dapat melihat adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika Selatan yang jaraknya kurang lebih 600 batu.Ketika beliau kembali ke England pada tahun 1837,banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan dengan penyelidikkan dan tulisan –tulisannya secara senyap.
Masyarakat di kurun ke 17 percaya bahawa bumi ini terbentuk pada kira-kira 4000 tahun sebelum zaman Kristian.Masa tersebut terlalu singkat untuk proses evolusi boleh berlaku dan menghasilkan beranika ragam hidupan.
TEORI EVOLUSI
Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia.Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan ).Beliau mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks.Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba,sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.Bermakna beliau percaya bahawapada mulanya Pencipta mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simpel.Dengan proses pertarungan tabii,organisma yang kompleks telah dihasilkan ,yang penting disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simpel.
Darwin sendiri sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikkan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.
ASAS HIPOTESIS DARWIN
Hipotesis evolusi menyarankan bahawa semua yang sedang atau telah hidup berasal daripada organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses turunan disertai dengan perubahan.Bukti-bukti yang diutarakan oleh Darwin adalah seperti berikut menurut keutamaannya.
Bukti-Bukti Utama ialah :
- Di antara individu-individu kebanyakkan spesis,terdapat berbagai variasi dan perubahan .Variasi ini sangat jelas di kalangan haiwan ternak dan tumbuhan pertanian.
- Dalam perjuangan hidup ,organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan suasana sekitarnya.Organisma-organisma yang terbaik itu akan memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara proses seleksi tabii.
- Mutasi dan pemencilan memain peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru.
- Rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
BUKTI-BUKTI SAMPINGAN
a) Persamaan yang dapat dilihat dari peringkat –peringkat "embrio" ke peringkat "fetus" antara organisma –organisma yang jelas berbeza pada peringkat dewasa.
b) Kebolehan untuk menjenis organisma-organisma dalam kelas-kelas tertentu menurut ke turunan dan peringkat-peringkat kesempurnaan.
- Adanya anggota-anggota (organ) yang dianggap sebagai tidak berkembang .Anggota tersebut telah disangka sebagai turunan anggota yang berperingkat lebih rendah di mana anggota itu didapati dalam keadaan yang sempurna dan sangat berguna.
VARIASI DIVERSIFIKASI DAN DIFERENSIASI
Di dalam sesuatu spesis terdapat banyak variasi yang selalu disebut sebagai diversifikasi .Takrif istilah "spesis" sebagaimana lazim digunakan ialah organisma-organisma yang meliputi suatu populasi .Satu dari ciri-ciri penting hipotesis evolusi ialah organisma-organisma yang lebih sempurna muncul atau berasal daripada makhluk yang lebih sederhana atau dengan erti yang lain evolusi mencari penjelasan mengenai terjadinya jenis-jenis baru.Masalahnya ialah diversifikasi dan variasi-variasi yang lazim diutarakan untuk menyokong hipotesis evolusi adalah perubahan-perubahan yang terdapat dalam lingkungan sesuatu spesis iaitu dalam bidang mendatar,sedangkan evolusi merupakan perubahan yang melompat dari satu jenis ke satu jenis di tingkat yang lebih tinggi iaitu dalam bidang menegak.
Evolusi mikro adalah berkenaan perubahan-perubahan dan variasi-variasi yang terdapat dalm sesuatu organisma dan boleh dilihat secara eksperimen.Perubahan-perubahan tersebut adalah kecil dan terbatas dalam lingkungan sesutu spesis sahaja.Contohnya ,dari satu jenis lalat buah-buahan yang bernama Dropsophila melanogaster dan berbagai macam variasi boleh diperolehi secara eksperimen,tetapi variasi-variasi tersebut tetap termasuk dalam keluarga Drosophila dan tidak melintas batasnya sehingga terjelma suatu jenis yang baru.Teori evolusi juga mengutarakan bahawa bentuk leher zirafah itu sebagai satu contoh seleksi tabii.Hipotesisnya ialah ,leher zirafah itu menjadi panjang sedikit demi sedkit.Sekalipun hipotesisnya ini benar,zirafah itu masih mendatar iaitu kita masih belum melihat penjelmaan spesis yang baru tetapi hanya mendapat bentuk-bentuk variasi dan diferisiasi dikalangan keluarga zirafah.
Sebaliknya ,evolusi makro memperlihatkan perubahan secara besar-besaran yang dikatakan pernah terjadi dalam sejarah kehidupan.Perubahan-perubahan yang besar itulah yang disangka menyebabkan terjelmanya sesuatu spesis yang baru.Masalahnya ialah perubahan itu tidak dapat dilihat melalui metod-metod eksperimen tetapi hanya sebagai hipotesis atau andaian sahaja.
MUTASI DAN AKIBATNYA
Penganut Teori evolusi menyarankan bahawa daya penggerak dalam perkembangan evolusi ialah proses mutasi.Mutasi adalah satu perubahan yang terjadi dengan mendadak dan ada yang boleh diwariskan kepada keturunanya tetapi keturunan itu pada kebiasaannya tidak boleh menyesuaikan diri dengan keaadaan sekitar.Umpamanya kebanyakkan variasi-variasi tumbuhan pertanian dan haiwan ternakan adalah akibat mutasi,tetapi bentuk seperti itu selalunya dihapuskan oleh seleksi tabii.Ini adalah oleh kerana mutasi pada lazimnya tidak dapat menyesuaikan diri kepada keadaan sekitarnya.Ianya tidak membawa perubahan yang beransur iaitu sedikit demi sedikit bagi sesuatu anggota tetapi berhenti dan terbatas sebagaimana sifat itu dilihat pada mulanya.Ini adalah bertentangan dengan kepercayaan Darwin bahawa evolusi itu adalah sutu proses yang beransur membawa perubahan kepada sesuatu sifat yang berguna sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang hingga terjelma spesis yang baru.
Sungguhpun demikian pada akhir-akhir ini para ahli sains telah berjaya membuktikan bahawa ada beberapa mutasi yang berguna dan yang tidak berubah secara mendadak boleh berlaku khasnya diperingkat mikro organisma.Contohnya,kultur bakteria colon (Escherichia Coli) yang diserang oleh bakteria fages didapati beberapa strain rintangan bakteria itu,akibatnya mutasi yang boleh mempertahankan diri dari pembinasaan oleh bakteriofages.Strain rintangan itu terjelma secara mutasi dengan kadar satu dalam 50 juta generasi-generasi sel,tidak kira samada diserang oleh bakteriofages atau tidak.Oleh kerana itu paraahli sains menyarankan bahawa mutasi yang brguna kepada seleksi tabii untuk perkembangan evolusi,ialah mutasi yang tidak menunjukkan perubahan mendadak .
REKOD-REKOD FOSIL
Untuk membuktikan bahawa proses evolusi telah berlaku kenyataan dari sejarah adalah diperlukan dan ianya hanya boleh diperolehi dari fosil-fosil.Rekod-rekodfosil tidak menunjukkan siri-siri fosil yang berturutan dimana terdapat perubahan yang beransurdari bentuk yang mudah ke bentuk yang kompleks.Challinor seorang ahli geologi yang terkenal dalan bukunya "Darwin’s Biological Work" (1959) mengakui bahawa rekod-rekod fosil hanya menyokong sebahagian evolusi tetapi rekod tersebut juga menyokong ciptaan secara bersendirian dan bebas.Seterusnay beliau menyatakan bahawa bukti yang jelas belum ada untuk menunjukkan evolusi telah berlaku.
Untuk mempertahankan teori-teorinya ,beliau telah mengemukakan satu jenis haiwan dari fosil bernama Archeopteryx,walaubagaimanapun setelah diselidiki ,para ahli sains berpendapat bahawa haiwan itu tidak berupa rantai perhubungan antara reptilia dan burung tetapi tetap termasuk dalam jenis burung.Nenek moyang dan keturunannya tidak diketahui Ada pula yang menyarankan bahawa rantai perhubungan antara amfibia dan reptilia ialah Seymouria.
DALIL SAMPINGAN
EMBRIOLOGI
Antara dalil-dalil sampingan yang penting yang diutarakan ialah persamaan yang dapat dillihat pada taraf kandungan hingga perubahan sudah mulai terbentuk sebelum organisma itu lahir.Pada suatu peringkat kandungan ,embrio manusia hampir serupa dengan embrio haiwan seperti ikan atau monyet.Umpamanya pada peringkat itu manusia mempunyai ekor yang kecil dan tertentu ,oleh itu Huxley dan rakan-rakannya berpendapat bahawa manusia pada suatu masa yang lampau telah melalui peringkat berekor dalam evolusinya.Tetapi ini adalah suatu sangkaan sahaja dan tidak sama sekali memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
PENJENISAN MENGIKUT KETURUNAN DAN PERSAMAAN
Menurut Darwin ,Sistem klasifikasi tabii yang benar perlu mengikut geonologi iaitu menurut aliran keturunan dari bentuk yang kurang sempurna, oleh itu sistem klafikasi Tabii telah dianggap sebagai suatu bukti yang menyokong evolusi .tetapi berasas kepada teori Darwin,evolusi sebenarnya tidak dipandu oleh sebarang kudrat tetapi adalah akibat seleksi tabii dan bergerak atas variasi kecil secara kebetulan .Proses tersebut berlaku tanpa sebarang pengecualian bagi semua haiwan dan tumbuhan. Jika ini benar kita tidak berharap mendapat kan sedikit sahaja pelan bentuk asas yang sama tetapi inilah yang didapati. dunia haiwan boleh dibahagikan kepada sepuluh kumpulan filum-filum utama mengikut bentuk. Bagi keseluruhan Taksonomi ,dari susunan yang telah dibuat kelihatan teratur sebab adanya perbezaan jelas dan mendadak. Tiap-tiap filum terpisah dengan sesuatu kekosongan iaitu tidak ada bentuk peralihan .
Darwin cuba menjelaskan masalah ini dengan mengatakan bahawa organisma yang berupa rantai perhubungan tidak stabil dan dihapuskan oleh seleksi tabii.Ini bermakna bahawa bentuk-bentuk yang ada sekarang bukannya rantai perhubungan tetapi bentuk pengkhususan yang tidak akan berubah lagi.
Pada lazimnya didapati teori evolusi mengambarkan perhubungan antara suatu jenis haiwan dengan yang lain serta pokok keturunannya.Gambaran yang diutarakan itu boleh menimbulkan beberapa masalah pokok.Menurut teori evolusi tiap-tiap jenis haiwan itu adalah dalam proses evolusi keperingkat yang lebih sempurna.Oleh kerana itu bentuk haiwan serta manusia yang ada pada masa ini adalah dalam bentuk peralihan dan akan berubah ke bentukyang lebih sempurna.
ANGGOTA YANG TIDAK BERKEMBANG
Ada beberapa organ yang dikatakan tidak berkembang boleh didapati pada beberapa jenis haiwan khususnya tulang pangkal paha yang tidak berkembang pada ikan paus.Huxley dan rakan-rakan telah berpendapat bahawa ini adalah satu bukti untuk menyokong teori evolusi tetapi seorang ahli biologi yang menentang pendapat ini mengutarakan tiga sebab adanya anggota tidak berkembang itu iaitu :
- Anggota-anggota tersebut diturunkan Anggota tersebut memainkan peranan penting dalam proses membesar.
- Kita tidak ada bukti bahawa dari nenek moyangnya di mana anggota-anggota itu berkembang dengan sempurna
c) Jika anggota itu wujud sekarang ini tidak bermaksud bahawa anggota itu telah wujud pada masa yang lampau kerana musabab yang sedang berlaku boleh menghasilkan anggota itu.
Antara misalan-misalan lain untuk menyokong teori evolusi yang diutarakan oleh pengikutnya ialah anggota-anggota yang dikatakan tidak berkembang serta mempunyai fungsi yang sama seperti kelenjar susu(mammary gland) dan usus buntu (appendix) manusia.
KESIMPULAN
Keseluruhannya melalui teori evolusi, Darwin membuat kesimpulan bahawa dia tidak pernah mengenal teori mutasi yang memungkinkan adanya perubahan mengejut pada keturunan. Beliau hanya percaya hanya alam sekitar sahaja yang boleh menimbulkan modifikasi yang disampaikan oleh plasma darah. Dari sifat analogi haiwan dan tumbuhan Darwin juga yakin bahawa organisma hidup itu berasal dari satu moyang .Ini telah diperkuatkan oleh penemuan beliau sendiri bahawa haiwan berasal dari proses yang serupa dan mempunyai keserupaan bentuk.
BIBLIOGRAFI
R.E Soeriaatmadja ,1973 .Makna Evolusi Bagi Manusia .Jabatan Sains Hayat UKM.
Sulaiman Haji Nordin,1997 .Sejarah Pemikiran ; Sumber Ilmu ,Perbandingan Ideologi Dan ‘Order Baru Dunia’. Pusat Pengajian Umum UKM.
Marston Bates,Manusia Dengan Alamnya,Dewan Bahasa Dan Pustaka ,1979.
Charles Darwin ,Richard E.Leakey,Origin Of Species.
waaaahhhhh, nie, kalau study nie dah boleh lulus exam diversity nie...
ReplyDeletesalam...hahaha
ReplyDeletesaje je ni tlg kwn2...
papepn thanx komen...
ap ni br000
ReplyDeletetajuk aku ni hahaha
aku tolong ko la ni wei...hahahahah
ReplyDelete