::: Adegan BOGEL n CIUM: Filem Dalam BOTOL :::



Menampilkan isu atau jalan cerita dianggap sensitif, tempias ‘panas’ dikaitkan dengan ...Dalam Botol turut dirasai pelakon utamanya. Masakan tidak, ini kali pertama filem mengisahkan mengenai cinta antara lelaki gay dihasilkan untuk tontonan umum.


Bagi Arja Lee, 27, dia perlu berdepan dengan dugaan paling besar apabila kenyataannya membabitkan babak bogel sewaktu mandi menjadi kontroversi. Lebih daripada itu, ia turut membabitkan nama universiti tempat dia mengikuti pengajian dalam bidang seni persembahan.

“Mujur mereka memahami. Hendak diikutkan waktu itu memang saya rasa tertekan, tetapi keluarga banyak memberikan kata semangat. Fakulti pengajian saya termasuk pensyarah memberikan perangsang dengan berkata itu perkara biasa. Mereka memandang jauh dan menjelaskan tidak semua orang faham mengenai dunia seni. Saya pula menganggap sebagai pelakon ini, antara cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, jelas Arja, babak yang didakwa dia mandi tanpa seurat benang sebenarnya membawa makna perubahan Ruby kembali kepada Rubidin. Apatah lagi sebelum itu ayahnya meninggalkan wasiat yang mahu Rubidin memandikan jenazahnya. Bagi orang beragama Islam, babak itu amat bermakna dan itulah yang menjadi titik permulaan kepada segala penyesalan yang dihadapi watak utama filem ...Dalam Botol.







“Ada orang yang ditemui bertanya adakah saya seperti Ghaus di luar filem iaitu meminati kaum sejenis. Bagi mereka yang sudah menontonnya pula berkata, lakonan saya ‘sesuai’ sangat. Saya faham apa yang mereka maksudkan iaitu saya pernah melakukan perkara seperti apa yang digambarkan ....Dalam Botol,” katanya
Bercerita lanjut, katanya, dia teringat pertanyaan seorang pelakon senior, Ann Abdullah sewaktu sama-sama menjalani penggambaran drama. Secara terbuka dan nada gurau, Ann bertanyakan adakah dia juga gay atau pernah bercinta dengan mak nyah?


“Jawapan saya kepadanya, walaupun dalam drama yang kami jayakan menggambarkan saya dan dia bercinta, di luar drama perkara itu tidak berlaku. Begitulah juga jawapan saya berikan apabila ada yang berta�nya,” katanya lagi.



BERITA PENUH

Comments

  1. salam kenal.. saya dtg dari blog abg ben.. hehe... terok betul cite botol ni.. ini crita tentang sepasang gay ke?

    http://fuyohblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam kenal jgk...
    ooo dr blog abg ben...tq2 sudi kome...
    lbh kurang la 1st gay filem kt malaysia...dkatakan cite ni best la dr sg jalan citenyer n dpt pujian ramai wartawan n blogger2...

    ReplyDelete
  3. waduh..filem gay..
    bunyi nya saja sudah tidak meminatkan aku untuk menontonnya.
    :D

    ReplyDelete
  4. secara peribadi walaupon belum nengok citer ni, rasanya tak der pekdah buat citer cam ni...

    ReplyDelete
  5. @RABUN
    ntha la...kwn2 ade yg dh pg tgk n dia kata ok la n baik jgn tgk cz nothing yg bole dbanggakan...so tak jdlah nk pg tgk...

    ReplyDelete
  6. hi....citer2 mcm ni lah yang bagos utk tontonan masyarakat..bukan apa...sekurang2 nya masyarakat sekeliling sedar...dan di dedahkan perkara2 mcmni....ini kan realiti dan kenyataan hidup dlm sisi yg lain.....

    ReplyDelete
  7. wah 1st komen yg menyokong but tak bernama lak...why?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts