::: COMELNYER TETEK, OPSSS! :::




Salam, ptg td pg jalan2 umah nenek kt kg... sampai2 je nenek n pakcik tgh gotong royong kt laman depan... so join la skali ngan mak td... dr jauh tertarik ngan satu buah ni... dia family terung tp cukup unik sbb comel n dgelar terung tetek kambing kt kg sy hahahaha... rupa dia seakan tetek kambing kan so snap2 la tuk my blog. ni bkn tuk wat masak gulai ke ape ye kwn2 tp ni terung berubat... kt bawah ni ade kegunaannya... slmt membaca n mencuba... 




Nama Tempatan:
Terung susu kambing (NENEK sy panggil tetek kambing hahaha)
Nama Saintifik:Solanum Mammosum L.
Nama Lain:terung tetek kambing,apple of Sodom, cow"s udder, nyun wenkibobi, soresumba, mackaw bush, nipple fruit, titty fruit
Famili:solanaceae
Lokasi dijumpai:Ditanam sebagai tumbuhan hiasan
Asal:

keterangan:

Tumbuhan yang biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk da warna buahnya yang menarik ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki.Ia merupakan tumbuhan tropika. Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunya banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih.Ia merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.

kegunaan:

Dalam perubatan tradisional melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah buah dada. Untuk penyakit darah tinggi, bahagia yang digunakan ialah buahnya.Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.

Comments

Popular Posts