::: LEGA NAFSU PAKAI TANGAN :::

SAYA sudah berumahtangga selama 15 tahun dan selama itu juga saya melakukan onani kerana isteri tidak pandai melegakan nafsu saya dengan tangannya semasa isteri sedang berhalangan atau tidak bernafsu untuk melakukan hubungan dengan saya.
Isteri tidak keberatan jika saya melakukan onani sambil dia mengghairahkan saya. Saya tahu agama melarang menggunakan tangan sendiri tetapi bagaimana pula jika isteri tidak pandai merangsang dengan tangannya? 

HAMPA, Johor Bahru 

SECARA umumnya, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum onani atau mengeluarkan mani dengan tangan sendiri. Ada yang menghukumnya sebagai haram, makruh dan harus berdasarkan alasan dan konteks tertentu.
Misalnya, kalangan ulama Shafie dan Hanafi mengharamkan perbuatan berkenaan sekiranya hanya sekadar untuk mencari kepuasan. Ini kerana ia dianggap sebagai tidak menjaga kemaluan.

Ia berdasarkan ayat al-Quran yang menceritakan ciri-ciri orang mukmin yang berjaya, antaranya: "...Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas." (Surah al-Mu'minun ayat 5 hingga 7).

Onani dilihat sebagai perbuatan yang melampaui batas. Bagaimanapun, dalam keadaan yang lain onani dibenarkan sekiranya ada alasan yang wajar seperti untuk meredakan dan menenangkan hawa nafsu.

Begitu juga mazhab Hanbali mengharuskannya apabila takut terjerumus dalam perbuatan zina dan tidak berkemampuan untuk berkahwin.

Manakala Ibnu Hazm berpendapat ia makruh kerana bertentangan dengan tatasusila yang mulia (lihat, Paizah Haji Ismail, 1996: 179-80; al-Qaradawi, 1999: 170-71).

Berdasarkan penjelasan pendapat ulama di atas dan konteks yang berlaku pada diri anda, hukumnya adalah harus atas alasan untuk meredakan hawa nafsu dan ia berlaku dalam hubungan suami isteri.

Comments

Popular Posts