::: MENGARAH FILEM LUCAH :::

Kekasih pegang watak utama 

LOS ANGELES: Aktor kontroversi Hollywood, Charlie Sheen dilaporkan menerima satu tawaran untuk mengarahkan sebuah filem lucah dengan kekasihnya sendiri yang juga pelakon filem dewasa bakal memegang watak utama.
Ketua Vivid Entertainment, Steven Hirsch dilaporkan memberikan tawaran terbabit kepada bintang itu yang digugurkan dari siri televisyen, Two and a Half Men berikutan beberapa masalah yang dicetuskannya untuk menerajui filem dewasa yang bakal menggunakan tajuk Two and a Half Women.


Berdasarkan satu laporan TMZ.com kekasih Sheen, Melanie Rios juga ditawarkan untuk membintangi filem terbabit bersama dua bekas kekasihnya, Cassandra Criz dan Elizabeth Ann. 

Sementara itu Sheen dilaporkan memfailkan saman bernilai AS$100 juta dolar terhadap Warner Bros yang memecat beliau daripada siri televisyen popular Amerika Syarikat, Two and a Half Men. 

Pelakon yang bermasalah itu dipecat minggu ini menyebabkan masa depan siri sitcom itu menjadi persoalan, lapor The Telegraph. 

Pelakon berkenaan berkata dia mengambil tindakan itu bagi pihak dirinya sendiri dan krew rancangan terbabit menentang penerbit eksekutif dan studio, Chuck Lorre. 
Warner Bros sebelum ini dilaporkan menggantung sementara rancangan terbabit sementara menantikan Sheen untuk mendapatkan terapi tetapi kemudian mengambil keputusan menghentikan terus produksi berikutan kenyataan umum yang dibuat Sheen mengenai Lorre. 

Ketika menamatkan kontrak, studio terbabit mendakwa Sheen tidak dapat memenuhi tanggungjawab dia dalam meneruskan persembahan membabitkan rancangan yang disiarkan CBS itu. 

Bagaimanapun dalam saman setebal 30 muka surat, dia mendakwa bahawa Warner Bros menurut kehendak Lorre untuk menghukum dia dan penerbit serta studio berkenaan berkonspirasi dalam menyalahkan beliau menjadi punca penerbitan dihentikan. – Agensi 



NAK KENAL SAPE PELAKON TU CLICK HERE

Comments

Popular Posts