::: M.NASIR MENINGGAL DUNIA? JGN PERCAYA :::

Salam semua... ni berita yg kwn baru je bgtau dia kata kua kt METRO ari ni... terkejut gak jap...
tajuk gempak je...adoi!!! metro ni kan...

Semua ni salah faham je... nama je seiras tp bkn komposer n penyanyi popular kesayangan kita ni...
kt bawah ni ade statement dr isteri belia iaitu MARLIA MUSA:


''Sekitar tengah hari semalam, saya dihubungi pengarang hiburan itu bertanyakan kesahihan berita diperolehnya. Tidak dinafikan, sebagai isteri saya terperanjat juga sebaik mendengar khabar itu yang nyatanya tidak benar. ''
"Sebelum panggilan itu diterima, saya baru saja habis bercakap dengan pengurus abang (M Nasir). Setahu saya, pagi tadi (semalam) abang tidak masuk ke pejabatnya kerana ada mesyuarat di Istana Budaya (IB)."
Sumber Harian Metro 




M. Nasir Masih hidup...
kt bawah ni dpetik dr harian merto

KUALA LUMPUR: Pelakon Marlia Musa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai kematian suaminya iaitu komposer dan penyanyi terkenal tanah air, M Nasir (gambar), di sini, semalam.
Marlia berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu daripada seorang pengarang hiburan akhbar yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.
“Sekitar tengah hari semalam, saya dihubungi pengarang hiburan itu bertanyakan kesahihan berita diperolehnya. Tidak dinafikan, sebagai isteri saya terperanjat juga sebaik mendengar khabar itu yang nyatanya tidak benar.

“Sebelum panggilan itu diterima, saya baru saja habis bercakap dengan pengurus abang (M Nasir). Setahu saya, pagi tadi (semalam) abang tidak masuk ke pejabatnya kerana ada mesyuarat di Istana Budaya (IB).
“Daripada maklumat yang kami peroleh kemudiannya, individu yang dilaporkan sudah meninggal dunia itu seorang imam masjid di Jakarta, Indonesia yang singkatan namanya adalah M Nasir,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/MNasirmasihhidup/Article/

Comments

Post a Comment

Popular Posts