INFO HARI GURU DAN TEMA HARI GURU 1972-2011
Salam semua...
Jejaka stylo nk ucapkan selamat hari guru yg akan dsambut dua hari lagi buat semua guru2 di seluruh Malaysia... tak lupa guru2 yg telah mengajar secara langsung atau tidak langsung bermula JS tadika sampai ke Universiti, jasamu dikenang sampai mati... selamat hari guru juga buat kakak tersayang, abg ipar yg penyayang, sedara mara JS yg jd cikgu n juga kwn2 Js yg berstatus cikgu... jadilah cikgu terbaik muah muah muah... bg JS cikgu terbaik adalah mak n ayah JS... tanpa diorg sapa lah JS... love u so much.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.
Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai. Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan. Tapi dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia. SUMBER
TEMA HARI GURU:
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010/2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI
selamat hari guru untuk js jugak :)
ReplyDeletemmg boleh berbangga jadi pendidik ni bro..
ReplyDeleteterbaekkkkkk!!!!!!!!!
ReplyDeletefuyoo...fakta lengkap tu..hebat r...selamat hari guru jugak kpd semua guru2 di malaysia..yeay...
ReplyDeletewahh,bru tau tema hri gru taon2 dlu,.hehe,.slmt hri gru JS,..
ReplyDeleteaisyah: js pn dapat gak ke? hehehe js bkn cikgu but pernah la ganti cikgu jap hehehehe
ReplyDeleteiqbalzack: sungguh2 terharu blogger otai sudi komen newbie... yup bangga cz tanpa diaorg we r nothing.
Rijal: tq so much
hawiz: hehehe lengkap sbb wat research dulu td hehehe
ciknurul: yup khas buat semua...bole tambah ilmu
hmmmm....wendu nak jd guru....tp xde rezeki nak wat cmne kan...
ReplyDeleteoked...samalah kita ni...rezeki takde n memang tak dtakdirkan tuk jd cikgu kot...hehehe
ReplyDelete