MAHARAJA LAWAK KINI TERKELUAR?


MALAM ini buat pertama kalinya, gelanggang Maharaja Lawak dibuka di luar Kuala Lumpur apabila menjejakkan ke lokasi pertama di Penang International Sport Arena (PISA) diikuti Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 10 Jun dan akhir sekali Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 17 Jun ini. Ia dilakukan sebagai penghargaan kepada penonton yang memberi sokongan kuat pada program menggabungkan finalis Raja Lawak. Berita itu diumumkan Ketua Saluran Astro Warna, Nizam Sani minggu lalu sebaik saja berakhir persaingan minggu kesembilan yang berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang. 

Ikut perancangan awal, peserta yang masih kekal hanya mempunyai satu minggu lagi untuk bersaing bagi menempah tempat ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pertengahan Jun ini. Kejutan terbaru ini juga dilihat sebagai satu strategi bagi menambah jumlah penonton saluran Warna. Sejak Maharaja Lawak bersiaran, difahamkan ia menarik hampir 400,000 pelanggan baru Saluran Warna yang mengenakan bayaran tambahan bagi mereka yang mahu menontonnya. Membawa peserta yang punya nama besar dalam industri untuk meneruskan persaingan menjelajah seluruh tanah air mampu menarik minat umum, apatah lagi tiga minggu tambahan dilakukan sebelum tiba pertandingan akhir, memberi ruang untuk strategi mempromosikan saluran itu diteruskan.

Bagaimanapun, Nizam menafikan perkara itu sebaliknya menegaskan apa yang dilakukan produksi tidak lebih untuk memberi ruang kepada peminat setia rancangan terbabit menyaksikan pelawak kesayangan mereka dengan lebih dekat. Kata Nizam, pihaknya merancang untuk memilih beberapa lokasi lain, tetapi kerana kekurangan kemudahan yang diperlukan menyebabkan hasrat itu terpaksa dibatalkan. 

“Kami menjangkakan setiap dewan dipilih boleh memuat�kan hampir 4,000 penonton. 
“Selain itu, mini karnival dan persembahan artis turut diadakan. 
“Mereka yang tersingkir juga akan tampil membuat persembahan. 


Comments

Popular Posts