BUNTU MEMIKIRKAN TAJUK ENTRI: JOM BACA
Salam semua...
Jom kita berbalik semual kepada basic... apa tujuan kita buat blog? apa fungsi blog kita? kenapa kita nk ade blog... sebab apa? Kadang-kadang berhempas pulas kita dok fikir apa taju entri yang hendak kita buat pada sekian-sekian jam atau hari... peningkan fikir pasal tajuk entri, abg yen pun mengalamai masalah yang sama yang korang semua hadapi. Takde orang yang senang-senang je buat entri tanpa perlu berfikir kan... blogger-blogger otai pun menghadapi masalah sebegini. Abg yen pegang kepada satu prinsip je, bila kita tahu blog kita fokus tentang apa semuanya akan jadi mudah walaupun tak semudah abg yen cakap ni hehehe... Hope penerangan kat bawah ni boleh buat kita sedikit sebanyak faham apa yang kita nak dalam berblog.
- Blog sebagai media sehala: Bentuk ini hanya memaparkan pengalaman hidup penulis,atau satu nukilan, semata-mata hanya suka-suka saja, kemudian menutup ruang komen bagi pembaca.
- Blog sebagai media dua hala: Bentuk ini mirip seperti yang pertama, cuma dengan cara ini mampu memberi peluang kepada pembaca untuk memberi komen serta mengenali penulis seterusnya menjalin persahabatan melalui blog tersebut.
- Blog sebagai media berbagai hala: di buat dengan tujuan tertentu. Diantaranya sebagai maklunat dan pendidikan, promosi barang jualan, perhidmatan, dan pengiklanan.
- Maklumat dan Pendidikan: Blog jenis ini hanya boleh di buat oleh penulis yang berpendidikan ataupun yang mempunyai pengalamannya sendiri.
- Promosi barangan jualan dan perhidmatan: Blog jenis ini sekiranya kita tidak mampu mengendalikannya kita boleh mengupah orang lain, yang penting kita ada barangan atau perhidmatan sendiri ataupun mengedar barangan orang lain yang ingin kita pasarkan.
- Pengiklanan: Blog jenis ini adalah blog yang lebih mudah digunakan, kita hanya perlu mengetahui sedikit sebanyak cara dan teknik “blogging”. Sementara itu kita tidak perlu mengeluarkan modal sebab mempunyai blog adalah percuma kecuali yang mempunyai domain sendiri sahaja yang akan mengeluarkan sedikit kos.
- Blog sebagai medium yang salah contohnya dengan memaparkan bahan-bahan terlarang atau yang berbentuk 18SX... yang pastinya boleh membuatkannya dikunjungi ramai tanpa perlu bersusah payah memikirkan apakah topik yang ingin diutarakan.
Terima kasih kepada ADHIANI di atas maklumat ini
Comments
Post a Comment