TIPS-TIPS UNTUK MEMUDAHKAN MENGHASILKAN SESEBUAH ENTRI

Salam semua...

Bangun-bangun pagi siap-siap terus mengadap blog walaweh hahaha, atas permintaan beberapa blogger, abg yen cuba untuk memikirkan beberapa tips mudah dalam menghasilkan sesebuah entri, dengan adanya tips-tips ini harapaan abg yen agar korang takdelah stress sangat fikirkan tajuk entri ye... semoga apa yang abg yen cuba sampaikan ini sedikit sebanyak akan membantu korang semua... kepada yang dengkikan blog abg yen korang pun boleh baca juga sebab abg yen tak berkira pun... ilmu yang ada wajib kita kembangkan sesama kita kan...


Kadang-kadang berhempas pulas kita dok fikir apa taju entri yang hendak kita buat pada sekian-sekian jam atau hari... peningkan fikir pasal tajuk entri, abg yen pun mengalamai masalah yang sama yang korang semua hadapi. Takde orang yang senang-senang je buat entri tanpa perlu berfikir kan... blogger-blogger otai pun menghadapi masalah sebegini. Abg yen pegang kepada satu prinsip je, bila kita tahu blog kita fokus tentang apa semuanya akan jadi mudah walaupun tak semudah abg yen cakap ni hehehe... Jom kita terjah tips-tips kat bawah ni...
  1. Buat contest atau segmen atau GA(giveaway). Pastikan ianya menarik untuk disertai dengan tawaran hadiah yang berbaloi untuk direbuti.
  2. Join contest atau segmen atau GA tp jangan tamak sangat la nanti tak terkejar plak.
  3. Buat tutorial pasal blog dan semestinya pembaca akan suka. Tak kiralah pasal cara bina blog ke? cara pasang widget ke? cara pasang iklan ke... pastikan tutorial itu ringkas dan mudah difahami dan mudah untuk dibuat.
  4. Buat ulasan pasal isu-isu semasa. Contohnya macam isu BERSIH dan seumpamanya.
  5. Buat review filem-filem terbaru. Tidak semestinya anda kaki wayang je, melalui pembacaan anda pada mana-mana majalah or websitu pun kamu boleh wat review.
  6. Buat review blog-blog yang korang suka. Selepas siap entri tersebut pastikan empunya diri tahu blognya direview dan pastinya dia akan berkunjung ke blog kita dan pastikan blog-blog yang hendak direview pilihlah blog yang ramai pengikutnya nanti traffik dia akan datang pada kita juga, so sama-sama merasa faedahnya.
  7. Meniru idea blogger-blogger lain hanya dengan izin dan kredit untuk mereka lah bila dah buat entri tu. Jangan copy paste atau meniru tanpa izin.
  8. Berangan, korang boleh berangan menjadi apa saja dan pastikan ianya menarik untuk dikongsikan.
  9. Kalau dah buntu sangat jalan mudah letak je mutiara kata ataupun trend blogger-blogger sekarang iaitu WORDLESS.
  10. Kadang-kadang apa sahaja isu yang korang bualkan dengan kawan korang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk korang upadate entry.
  11. Berkongsi trip-trip dan lawatan korang kemana-mana yang telah korang pergi dengan menyertakan gambar-gambar yang menarik.
  12. Kurangkan bercerita pasal personal kita dalam blog sebab kita bukan artis so tak semua pengunjung suka baca, boleh je buat entri pasal personal cume kurangkan sebab tu abg yen letak tips ni paling last hehehe.
Cukup lah setakat ini dulu kang membebel panjang-panjang korang muak plak nak baca kan... hehehe, harapan abg yen semoga dengan perkongsian ini korang telah mendapat idea yang mencurah-curah dan tidak lagi pening-pening nak fikir tajuk entri... SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts