GROUP MURTAD HINA ISLAM: APA NAK JADI NI!!!

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Salam semua...
Beberapa petikan ayat yang di ambil dari dalam group tersebut:

  • Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia. Kumpulan ini juga terbuka kepada perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain.
  • Walaubagaimanapun, semua dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain. Seseorang yang telah murtad dari Islam biasanya mengalami krisis peribadi yang merisaukan keselamatan and hubung-kait dengan keluarga dan umat Islam di sekelilingnya. Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam.
Abg yen tak nak cite lebih-lebih, kalau korang nak tahu view la group ni kat fb... apa yang bole abg yen gambarkan OMG... mengucap panjang tadi.

Berminat nak baca sila klik SINI


PESAN ABG YEN: Berbaik-baiklah sesama manusia tak kira sama ada sesama islam ataupun bukan islam.

Popular Posts