HARIMAU PUN PANDAI BERDOA
Salam semua,
Rilex sat...
Seorang pemburu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Sebelah kakinya patah. HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat dalam keadaan panik dia melafazkan
Ampunilah aku ya Allah... Makbulkan hajatku ini... Jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... Tolong ya Allah! Aminnn..."
HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Harimau itu menadah kedua2 kaki depannya ke langit... Pemburu itu menyangka doanya makbul, harimau tu bagaikan ikut berdoa macam org yg beriman berdoa..
HARIMAU tersebut berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!"