NOREEN NOR MENINGGAL DUNIA: AL-FATIHAH

Salam semua...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.


AMPANG: Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Berusia 53 tahun, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka. Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu. Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1983. Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak.

Read more at:ASTRO AWANI

Popular Posts