::Jawatan Kosong UKM::

JAWATAN GURU DG41


Bidang :Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sejarah, Agama Islam, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan mana-mana bahasa pilihan.

Syarat lantikan : 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Jawatan Guru (DG41)


(a) (i)          Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
     (ii)          Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
     (iii)         Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan
(b)  kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Syarat Tambahan:
(c)  Fasih dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam BM dan BI, mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, Kreatif, kritis dan komited, bersedia untuk mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal. Penetapan Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred DG41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak JADUAL GAJI

                   P1T1 RM1695.85 - P1T27 RM4645.85
 DG41         P2T1 RM1790.47 - P2T27 RM4924.12
                   P3T1 RM1889.27 - P3T27 RM5226.19




Umur: 
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 
Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

i)              Borang permohonan boleh didapati daripada :-

                                Bahagian Sumber Manusia
                                Jabatan Pendaftar
                                Universiti Kebangsaan Malaysia
                                43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

dengan menghantar sampul surat berukuran 23sm x 11sm (4”x 9”) bersetem 30sen, beralamat sendiri dan menulis nama jawatan disebelah atas kiri sampul surat ATAU


ii)             mencetak borang permohonan seperti berikut : Borang Jawatan Akademik

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.


Pegawai Yang Berkhidmat Di Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah :
Memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen (mana yang berkenaan) seperti berikut:
- Sijil Kelahiran
-Kad Pengenalan (depan/belakang)
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Tinggi Persekolahan (STPM)
- Diploma
- Ijazah
- Serta lain-lain dokumen sokongan ke alamat di atas
- Salinan Slip Gaji Terakhir

Comments

Post a Comment

Popular Posts