::: INGIN GUNA MINYAK PENGASIH :::

SOAL JAWAB AGAMA (METRO 11 MAC 2011)
SAYA lelaki berusia 24 tahun dan bercinta de�ngan seorang perempuan dalam masa yang agak lama. Saya ikhlas menjalinkan hubungan dengannya dan mahu berkahwin segera, tetapi dia seperti hendak menangguh�kan perkahwinan atas sebab tertentu.
Saya tidak mahu masalah ini berlarutan kerana kami hampir melakukan zina, saya ikhlas untuk menjadikan dirinya isteri. Adakah haram jika saya menggunakan minyak pengasih terhadapnya sedangkan niat saya memang ikhlas untuk menjadikannya isteri? 
Saya tidak mahu berlaku perkara yang tidak baik terhadapnya kerana dia selalu mengikut perasaan dan mencintai lelaki yang salah seperti sebelum ini.

SHAHRIMAN, PP

BIMBINGAN USTAZ:
MENGGUNAKAN minyak pe�ngasih atau lebih tepat lagi sihir adalah haram walaupun niatnya baik. Soal kasih sayang dan cinta tidak boleh dipaksa kerana buruk akibatnya.

Kekuatan sihir tidak dapat menukar hakikat yang sebenar. Ia mungkin berjaya pada pering�kat awal saja. Itu pun dengan izin Allah semata-mata.

Pada pandangan saya, pasangan anda berkemungkinan mengambil sikap berhati-hati disebabkan sejarah silam mencintai lelaki yang salah seperti yang dinyatakan.
Oleh itu berilah peluang

kepadanya untuk berfikir apabila sudah mengetahui keikhlasan anda untuk memperisterikannya. Apa yang lebih penting anda berdua sama sekali jangan terlanjur melakukan zina.

Ia akan mengubah sejarah kehidupan anda berdua kerana akibatnya amat buruk. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah al-Isra’ ayat 32).

Comments

Popular Posts