::: SUAMIKU GAY :::
SOAL JAWAB AGAMA (METRO 11 MAC 2011)
SAYA wanita berusia 45 tahun dan sudah berkahwin selama 20 tahun. Suami saya seorang homoseks. Sehingga kini dia masih melakukan perbuatan terkutuk berkenaan bersama dengan mana-mana lelaki kesukaannya tidak kira usia asalkan tampan dan kacak.
Ada antara teman hubungan songsangnya itu sebaya dengan anak kami yang berusia belasan tahun. Dia kini lebih aktif sehingga tidak pulang ke rumah semata-mata untuk memuaskan nafsunya dan melupakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak.
Semua teman sekerjanya pula mengetahui perbuatannya itu. Ini amat memalukan dan menjijikkan. Apa harus saya lakukan? Mohon diceraikan atau ada cara lain yang boleh membantu?
Saya buntu memikirkannya kerana perkara itu sudah saya alami sejak awal perkahwinan kami lagi.

RAUDHAH, Kuala Lumpur
PANDANGAN/NASIHAT USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

ISLAM dan agama dunia melarang kelakuan homoseksual. Perbuatan itu tergolong dalam kategori dosa besar kerana menyimpang daripada fitrah semula jadi.
Pelakunya dilaknat oleh Allah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Ibnu Majah, Tirmidhi dan al-Hakim).
Kaum Luth dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom. Pelaku homoseksual bukan saja membawa akibat buruk kepada diri sendiri, malah kesan buruk juga menimpa keluarga, masyarakat dan negara.
Masyarakat dan negara memerlukan generasi baru untuk melanjutkan kehidupan. Penyimpangan seksual sama ada homoseksual atau lesbian mengakibatkan ketiadaan generasi baru umat manusia.
Lebih teruk lagi, anak-anak remaja dan kanak-kanak lelaki dijadikan tempat memuaskan nafsu. Kesannya, anak itu membesar dalam perwatakan 'wanita' (mukhannath) dan tiada lagi keinginan untuk berkahwin dan mendapatkan anak.
Ini merosakkan peribadi dan sifat semula jadi seorang lelaki. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap golongan homoseksual kerana tiada satu pun keuntungan kepada budaya itu.
Budaya semasa dunia seolah-olah membiarkan fenomena songsang (sexual deviance) dan menerimanya sebagai hak asasi manusia hanya membawa kepada keburukan.
Kembali kepada fitrah semula jadi dan ajaran agama adalah jalan yang selamat. Dalam soal di atas, puan sepatutnya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa agama memandangkan ia sudah begitu lama berlaku dalam keluarga puan.
Membiarkan perkara mungkar berlaku membawa akibat buruk semata-mata. Bagi saya, memilih untuk berpisah adalah jalan selamat daripada menerima akibat penyebaran penyakit kelamin dan AIDS kepada diri dan keluarga.
Bagaimanapun, ia perlu diselesaikan secara baik dan berhemah sebagaimana termeterainya ikatan perkahwinan dahulu.

Comments
Post a Comment