NANA NARITA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN

Salam semua...
hahaha sure semua pelik kan sape nana narita tu... bg penggemar drama2 melayu sure tau n cite ni sgt2 lah lawak, kalo tak silap drama komedi nana narita ni ari sabtu n ahad kul 8.30pm kt tv9... pernah la tgk beberape kali n menghiburkan lah... nana narita ni mcm cite katun NARUTO tp yg ni pmpuan... lakonan Faezah Elai tak kenal jugak? ala yg belakon dlm drama femes tu ASMARA? ha kenal pn... hehehehehe.


PETIKAN METRO HARI NI:

“Sebenarnya, kami mula berkenalan pada tahun lalu dan terus rapat, sejak itu. Biarlah ada orang buat persepsi dan menuduh saya perampas suami orang kebelakangan ini kerana saya tidak peduli dengan cakap-cakap negatif orang di luar sana. Kami percaya, kebenaran akan terserlah juga nanti.
“Minta maaf, saya memang tidak dapat mendedahkan siapakah calon suami saya demi menjaga hati kedua belah pihak. Maklumlah, terlalu banyak hati yang perlu dijaga demi kebahagiaan keluarga kedua belah pihak,” kata pelakon watak tomboy dalam filem komedi Cun! ini."berita penuh


PROFIL


NAMA: Noor Faezah Elai
TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1982
USIA: 28 tahun
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK:Anak sulung daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
HOBI: Mendengar muzik
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara.
IKLAN: Antaranya Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish, Celcom
HOS RANCANGAN: Antaranya Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9), Seri (TV3)
PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female

Comments

  1. kalau lisa surihani kawin baru frust menonggeng
    HAHAHA =)

    ReplyDelete
  2. ni mesti peminat lisa kan hehehehe... tq sudi komen

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts