Tuesday, May 24, 2011

DNA BABI DALAM BAHAN MAKANAN, KEK DAN ROTI SYARIKAT TERKENAL?


Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
“Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
Syarikat tersebut adalah:
Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
UPDATE 1 : Sila ke pautan INI untuk dengar berita dari SECRET RECIPE sendiri
UPDATE 2 : Sila ke pautan INI untuk semak sijil halal untuk SECRET RECIPE
UPDATE 3 : SECRET RECIPE halal..!! yeay esok boleh makan lagi.. yang ada aiskrim tuh sedap…
Untuk keterangan lanjut atau entri2 yang lebih detail layari blog IZAMIR RIDZWAN

No comments:

Post a Comment

KOMEN TANDA SOKONGAN

Categories