SALAHKAH SAYA KALAU SAYA INI LELAKI LEMBUT?


Salam semua...

Kontroversi tak tajuk entry JS? bolehlahkan hehehe... tapi sebelum tu macam biasalah time2 ni JS alone je kat rumah sebab semua dah pergi kerja, JS ni bilalah nak dapat kerja ni... doa2kan ye moga2 JS cepat dapat kerja. Berbalik kpd tajuk entri bagi JS la tak salah sama sekali cume cara pembawakan seseorang lelaki lembut atau tafsiran negatif masyarakat je yg menjadikannya salah atau dipandang serong.

Oppsss jangan salah faham pulak kata2 JS ni ye... JS bukan menyokong lelaki lembut untuk terus jadi lembut or berubah jadi perempuan... JS bukan buat perbandingan antara mereka dan lelaki normal yang ada kerana lembut atau keras, hitam atau putih, tinggi atau pendek, kurus atau gemuk, semua ni adalah perbezaan dari kacamata kita sahaja.. apa yang penting dalaman seseorang.

Kita sebagai masyarakat sekeliling sentiasalah bersangka baik dan sentiasalah membuka minda untuk menerima golongan ini dan bawa mereka ke jalan yang sepatutnya, ubah mereka, bagi semangat dan sokongan bukan menghina atau seumpamanya... Islam tidak mengajar kita untuk menghina atau berpandangan negatif pada seseorang yang mempunyai kekurangan... sentiasalah mempunyai semangat untuk membantu mereka mengatasi kelemahan atau kekurangan tersebut... selembut mana mereka ini mereka masih seorang lelaki kecuali yg dah bedah dan tukar jantinalah... tu memang tak boleh nak buat ape lah... 

Comments

Popular Posts