CARA NAK UP FOLLOWER DENGAN CEPAT VERSI ABG YEN

Salam semua...
Sorry guys dah tiga hari abg yen tak updates blog... korang ingat lagi ke kt abg yen ni? hah! tak ingat dh sedih la mcm ni hehehe... sure ingat kan hehehe tq3x... ni sayang korang ni. Rindu tau kat korang semua... tia hari tak updates blog macam something missing je... Tiga ari yang lepas abg yen sibuk sangat menguruskan kemasukan abg yen ke sekolah, tempat keje baru... wah 1st time ni dapat kerja ngan kerajaan... sapa-sapa yang nak jumpa abg yen sila-sila la ke SMK Kepong ye.. abg yen kerja situ je... Tiga hari taklimat sana sini, kena kesana sini dari gombak ke KL pastu dari KL ke gombak pastu dari gombak ke shah alam pastu dari shah alam ke kepong... hari-hari yang memenatkan dan mengeringkan poket je... naik teksi sana sini adoi!!!

SENTIASALAH SOKONG MENYOKONG ANTARA BLOGGER

Ok-ok berbalik pada topik kita pagi ni... macam mane nak up follower dengan cepat? hmmm abg yen ada rahsianya dan abg yen memang dah try praktik dan hasilnya mengagumkan... dua minggu abg yen try secret recipies ni dari follower abg yen 29 orang trus melonjak naik ke angka 400. Cuma satu je masalah dalam mempraktikkan rahsia ni... antara MALAS dan RAJIN je hehehe... jom baca rahsia kejayaan abg yen ni:
  1. Blogwalking sekerap mungkin dan tinggalkan link dan tinggalkan jejak anda di setiap blog yang kamu kunjungi. Abg yen blogwalking sampai kul 3-4 pagi hahaha.
  2. Rajin-rajinkan diri komen blog orang walaupun orang tak balas komen kita.
  3. Rajin-rajinkan join segmen atau GA dari blogger-blogger hebat sebab traffik akan datang ke blog anda dan contoh dari 100 yang datang for sure ada la yang akan follow blog anda walaupun tidak semua. Masa ni abg yen belum berani nk wat segmen atau GA sendiri sebab abg yen tau pengaruh blog abg yen tahap mana.
  4. Rajin-rajinkan diri menegur blogger-blogger lain dimana sahaja anda jumpa dia...samada dalam blog, dalam fb atau pun kat dunia nyata... (PERAMAH), jangan sombong.
  5. Promote blog kamu dimerata-rata group yang dirasakan patut anda tinggalkan link blog anda.
  6. Kalau ada komen kat entri anda jangan terlepas untuk membalasnya... dari situ blogger-blogger yang datang akan respek kat kita.
  7. Pastikan blog kita ringan dari semua benda2 yang menyerabutkan mata dan laju untuk blogger-blogger yang guna berukband tuk loading blog kita... bila blog ringan semua orang akan suka masuk dan follow... tats why blog abg yen simple present tense je hahaha...
  8. Sentiasalah ikut resmi padi... makin beisi makin tunduk menyembah bumi... 
  9. Jadikan semua blogger-blogger samada otai ke hebat ke ataupun newbie sebagai kawan kita. Bina networking yang luas dengan imej yang baik. Bila kita disenangi pasti impak baik akan menyusul... Bak kata pepatah melayu "Orang berbudi kita berbahasa" dan bila kita berbudi mesti orang berbahasa ngan kita hehehe...

Popular Posts