EDISI KEDUA:CARA MUDAH DAPATKAN RUANG "Buffered Earning"
Salam semua...
Kita sambung balik episod semalam dimana abg yen janji ngan korang nak bagitahu cara ke empat dan seterusnya bagaimana nak dapatkan BE dari nuffnang dengan mudah, Ok2 jom bukak mata luas-luas dan fahamilah apa yang abg yen nk ajar ni hehehe dh macam gaya otai plak hehehe sorry abg yen bukan otai ye cume perasan cikit-cikit je hehehe.Sebelum tu bagi sapa-sapa yang belum baca 3 cara yang abg yen ajar semalam boleh klik sini ye.
- Anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya seperti kehendak pihak nuffnang dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan. Hanya blog yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki sahaja akan terpilih.
- Ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
- Pengiklan hanya akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.
- Selalulah updates blog dengan entri-entri berbisa dan bersifat global bukan bersifat diari hehehe...
Segala maklumat yang abg yen share iaitu 8 cara mudah dapatkan BE dari pihak nuffnang adalah melalui soalan yang abg yen sendiri tanya pihak nuff n they reply all the detail to me... wah tiba-tiba skipping kan hahaha... speaking tu bg yang terer je skipping bagi orang-orang macam abg yen ni hehehe... Selamat mencuba!!!