TERPAKU DENGAN SIBUTA: FITRAH DUNIA
Salam semua...
Semasa saya pergi ke salah sebuah bank di jalan raja laut petang td (jumaat 14/9/2012), saya terlihat satu situasi yg begitu menarik perhatian saya. langkah saya terhenti lantas tangan terus mengambil gambar. saya melihat seorang lelaki berpakaian eksekutif dengan berkot dan bertali leher sedang memimpin 3 orang buta melintas jalan.
Mungkin sesetengah orang melihat situasi ini seperti melihat itik pulang petang, namun pemandangan ini sungguh spiritual. Andai semua orang tidak memikirkan pangkat, darjat dan kedudukan, pasti sifat2 fitrah dalam diri dapat dikeluarkan... sejauh mana tinggi kedudukan kita, kita semua adalah sama. Jika sifat fitrah yg suci murni ini dapat dikeluarkan dan diterjemah melalui tindakan pasti kita akan dapat membangun tamadun yg lebih gemilang!

LIFE IS GREAT! ;-)